HANOI, Vietnam – Penyerang skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha percaya benteng pasukan Vietnam tidak ‘kebal’ meskipun dengan kehadiran pemain pertahanan yang berpangkalan di Eropah, Doan Van Hau menjelang aksi kelayakanan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis ini. Norshahrul yang mesra dengan panggilan Matyo berkata, perkara paling utama buat rakan-rakan sepasukan adalah untuk mengekalkan fokus beraksi sebagai satu pasukan berbanding menumpukan kelebihan serta kemampuan…