SELEPAS dua tahun berkhidmat sebagai penghantar Domino’s Pizza di sekitar Shah Alam, Selangor, pemuda berusia 20 tahun itu dapat merasai satu perubahan besar dalam kerjayanya. Perubahan tersebut dirasai oleh Muhd. Ashraff Abd. Mutalib selepas majikannya memperkenalkan aplikasi Great Pizza Service (GPS) sejak enam bulan lalu. Pengenalan teknologi terbaharu itu membolehkan tugas penghantaran piza menerusi motosikal menjadi lebih mudah dan lancar. Menurut Muhd. Ashraff, teknologi tersebut berjaya memendekkan masa penghantaran piza…










