KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempersoalkan mengenai janji harga minyak RM1.50 seliter seperti digembar-gemburkan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Beliau yang juga Presiden UMNO tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan kegagalan itu ditambah dengan keputusan PH yang kini menjadi kerajaan untuk mengapungkan harga minyak mengikut harga pasaran tahun depan. “Hadir di Parlimen hari ini untuk terus memperjuangkan…










