MERSING 2 Okt. – Seramai 30 pelajar tahfiz Madrasah Pondok Hasaniah Islamiah, Felda Tenggaroh 5 dekat sini menerima kunjungan serta sumbangan ikhlas Unit Kuliah Dhuha, Biro Pendidikan Masjid Jamek, Kota Tinggi. Pengerusinya, Siti Ainon Amid, 51, berkata, aktiviti amal tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) unit persatuan berkenaan untuk menyantuni golongan pelajar madrasah tersebut. Menurutnya, sumbangan diberi dalam bentuk keperluan asas harian seperti bahan mentah…










