KUALA LUMPUR 4 Okt. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masih meneliti laporan audit yang disediakan syarikat perakaunan Messrs Ernst (amp) Young berhubung kedudukan sebenar lembaga itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 dan 2018. Pengerusinya, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata tindakan selanjutnya akan diambil termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat unsur-unsur kesalahan jenayah. “Apa yang lebih membimbangkan adalah terdapat beberapa penemuan yang meninggalkan kesan mendalam terhadap…










