KUALA LUMPUR – Seorang lelaki, yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di sekitar Brickfields dan Sentul, dengan menyamar sebagai pegawai kanan polis dan pegawai Muzium Diraja, ditahan polis baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, lelaki berumur 36 tahun itu dikesan berada di Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan menerusi Op Cantas Daerah Brickfields pada Selasa lepas. “Polis berjaya menahan suspek selepas kenderaan yang dipandunya terbabas…









