Kerajaan tidak niaga dengan rakyat lesen dulang emas

DUN Kelantan: Kerajaan tidak niaga dengan rakyat lesen dulang emas

MOHAMAED FADHLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelaksanaan syarat dan perlesenan aktiviti mendulang emas kecil-kecilan di negeri ini bukan bertujuan menjadikan kerajaan sebagai ‘pihak berniaga’, sebaliknya bagi menjamin keselamatan pendulang serta kelestarian alam sekitar.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia juga bagi memastikan sungai, tebing sungai dan ekosistem alam sekitar sentiasa terjaga sepanjang aktiviti mendulang emas berlangsung.

Katanya, Kelantan mempunyai Enakmen Mineral Negeri 2001 yang menggariskan syarat-syarat  dan peraturan ketat berkaitan aktiviti mendulang emas kecil.

“Melalui syarat dan perlesenan ini, kerajaan negeri bukan sesekali hendak berniaga dengan rakyat, tetapi bagi memastikan aktiviti ini (mendulang emas) dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Kita lebih mengutamakan keselamatan pendulang serta mahu memastikan aktiviti itu tidak menjejaskan alam sekitar, tebing sungai dan ekosistem,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu berkata, pelaksanaan Lesen Mendulang Emas Kecil membuka peluang untuk rakyat menjana pendapatan secara sah tanpa memerlukan modal besar seperti operasi perlombongan berskala besar.

Katanya, sejak dibuka kepada orang awam pada Januari lalu, kerajaan negeri menerima sebanyak 493 permohonan bagi mendapatkan Lesen Mendulang Emas Kecil, dengan 333 daripadanya iluluskan selepas melalui proses penilaian mengikut syarat serta garis panduan ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN