KANO 4 Okt. – Beberapa lelaki bersenjata bertindak menculik enam pelajar perempuan dan dua kakitangan di sebuah sekolah menengah di daerah Kaduna, utara Nigeria, semalam. Menurut jurucakap polis, Yakubu Abubakar Sabo dalam satu kenyataan, lelaki bersenjata itu berjaya memasuki Kolej Engravers, sebuah sekolah menengah berasrama penuh terletak di kawasan luar bandar berhampiran kampung Kakau Daji di daerah Chikun. “Mereka menculik dua kakitangan kolej dan enam pelajar perempuan ke kawasan yang…










