Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan terkenal dunia sebagai pulau yang mempunyai kecantikan dan keunikan semula jadi muka buminya, termasuk flora dan fauna serta pantai yang bersih serta menarik. Kepulauan Langkawi yang terdiri daripada 104 pulau itu secara keseluruhan mempunyai keluasan 47,848 hektar dengan puncak tertinggi adalah Gunung Raya dengan ketinggian 881 meter. Berdasarkan keadaan muka bumi dan arkeologi alam semula jadi itu, Langkawi diisytiharkan sebagai Global Geopark (Taman Geo Sedunia)…










