JOHOR BAHRU 7 Okt. – Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya ketika ini tidak cukup elemen kemelayuan menunjukkan betapa kerajaan tidak cukup kuat untuk membela nasib orang Melayu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, kenyataan itu memberi isyarat jelas bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung harap terhadap kerajaan PH untuk membela dan memperjuangkan agenda Melayu dan bumiputera. Katanya, maruah…









