GUA MUSANG 7 Okt. – Program Kembara Rakyat yang diadakan sejak tahun lalu berjaya mendekati penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman Hulu Kelantan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pada tahun ini, sebanyak 11 buah pos di daerah itu terlibat dalam program tersebut. Katanya, program itu bertujuan mendampingi dan mencungkil masalah yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli di pinggir bandar. “Banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk…










