KEMAKMURAN Bersama kali pertama diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Mei lalu setelah genap setahun Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Ia akan menjadi landasan utama pembentukan polisi dan program pembangunan negara merangkumi semua aspek sosioekonomi dan menjadi dasar yang juga meliputi dua Rancangan Lima Tahun Malaysia iaitu RMK-12 dan RMK-13 (2021-2030). Ketika diumumkan, Dr. Mahathir menggariskan Tujuh Teras utama Kemakmuran Bersama. Ringkasnya, sejak 1970, pembangunan negara dilandaskan kepada…










