“In three, two, one…” Kunci pelepasan roket yang diperbuat daripada brek basikal itu ditekan. Dush! Botol berisi air berbentuk roket itu terbang selama 11 saat sekali gus menunjukkan kemantapan sistem pelancaran roket air yang telah dicipta. Penonton yang hadir bangun memberikan penghargaan kepada Danish Irfan Muslim, 12, yang menunjukkan kemahiran luar biasa. Tepukan gemuruh menggegarkan Stadium Thyagaraj, New Delhi, India sebagai menunjukkan sokongan kepada peserta Malaysia. Salah satu aksi Danish…










