SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam berdekatan rumahnya di Taman Sri Bayu Sungai Lalang di sini hari ini. Mangsa, Muhammad Daniel Affendi Mohd Kushaimi, 9, disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan 11, Shahrim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian…