KUALA LUMPUR 1 Okt.- Jenazah Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), Allahyarham Datuk Nurammar Abu Bakar yang meninggal dunia di Sarajeva, Bosnia, kelmarin, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), esok. Setiausaha Agung PPIBM, Datuk Zaihal Hazri Abdul Halim berkata, jenazah Allahyarham dijangka tiba kira-kira pukul 5.15 petang dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini. “Pemergian Allahyarham sangat mengejutkan bagi…










