KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengharapkan agar kerajaan pertimbangan aspek perkhidmatan kebombaan, penyelamatan, keselamatan dan khidmat kemanusiaan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang 11 Oktober ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, aspek itu antaranya merangkumi pembinaan balai bomba, penambahan aset operasi kebombaan, dan tugas mencari serta menyelamat (SAR) di air dan daratan. “JBPM juga mengharapkan belanjawan itu nanti megambil kira aspek pengendalian bahan bahaya…










