KUALA LUMPUR 7 Okt. – Tiada keperluan untuk menjual PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada syarikat dari luar negara kerana usaha itu hanya melemahkan syarikat tempatan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat pengendali lebuh raya terbesar di negara ini. Pakar Ekonomi dari Putra Business School, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob malah menyifatkan sekiranya perkara itu terjadi sebagai petanda tidak sihat kepada negara. Jelasnya, langkah penjualan itu perlu melibatkan urus niaga dengan…










