PAUH PUTRA 7 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mempertahankan kejuaraan woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra setelah menumpaskan pasukan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dalam perlawanan di Laman Woodball Antarabangsa Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pagi semalam. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penaung Diraja Persatuan Woodball Negeri Perlis berkenan berangkat menyampaikan Piala Pusingan, wang tunai sebanyak RM2,000 dan…










