KUALA LUMPUR 6 Okt. – Penganjuran Kongres Maruah Melayu memberi isyarat jelas bahawa orang Melayu di negara ini perlu bersatu padu demi kepentingan agama Islam. Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perkara tersebut penting dalam berdepan dengan pelbagai ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh agama Islam dan bangsa Melayu ketika ini. “Apa yang saya harap ialah isyarat yang jelas bahawa umat Islam di negara ini hendaklah bersatu…










