KUALA LUMPUR 2 Okt. – Biarpun bertanding atas tiket wildcard (jemputan) Lee Hup Wei melakar sejarah apabila muncul atlet lompat tinggi Malaysia pertama layak ke saingan akhir Kejohanan Olahraga Dunia. Atlet berasal dari Dengkil, Selangor itu mencatat lompatan peribadi terbaiknya 2.29 meter dalam aksi kelayakan di Doha, hari ini, sekali gus muncul peserta kesembilan terbaik daripada 12 finalis. Catatan itu juga hanya 0.01m daripada rekod kebangsaan milik Nauraj Singh Randhawa…










