KUALA LUMPUR 2 Okt.- Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei membuktikan dia masih lagi terbaik apabila mencipta sejarah muncul rakyat Malaysia pertama melangkah ke saingan akhir Kejohanan Olahraga Dunia 2019 di Doha. LEE HUP WEI Hup Wei muncul antara 12 atlet lompat tinggi yang melepasi kelayakan kejohanan hari ini untuk ke saingan akhir yang dijadual berlangsung pada awal pagi Sabtu. Sewaktu diperingkat kelayakan Hup Wei melakukan catatan terbaiknya 2.29…










