HONG KONG – Pemimpin Hong Kong mengumumkan larangan pemakaian topeng muka oleh penunjuk perasaan semalam, menggunakan kuasa darurat era kolonial buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun dalam usaha menamatkan bantahan ganas antikerajaan yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, arahan itu adalah di bawah Ordinan Peraturan Darurat yang memberinya kuasa untuk menguatkuasakan sebarang bentuk undang-undang semasa darurat atau bahaya awam. “Kami percaya undang-undang…










