KUALA LUMPUR 6 Okt. – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memuji prestasi skuad Harimau Malaya dalam aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Sri Lanka dan mahukan kemenangan 6-0 itu sebagai pembakar semangat menjelang aksi berdepan Vietnam, 10 Oktober ini. Tambah Hamidin, tumpuan kini harus diberikan sepenuhnya dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam kerana perlawanan itu penting untuk skuad negara…










