KUALA LUMPUR 1 Okt. – Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang mendakwa masih terdapat guru ‘dipaksa rela’ menjadi warden sekolah berasrama penuh oleh pengetua. Katanya tindakan itu bukan sahaja menambah bebanan tugas hakiki seorang guru, skop kerja tambahan tersebut juga akan menjadikan tanggungjawab seorang pendidik itu tidak efisien. “Saya percaya tiada guru yang sukarela untuk menjadi warden. Mereka ini ‘dipaksa’ untuk menjadi warden, hanya sesetengah sekolah membuat sistem…










