LONDON 2 Okt. – Pep Guardiola percaya, kegersangan dan keinginan Rahim Sterling untuk meledak gol merupakan satu perkembangan positif untuk dirinya termasuk Manchester City pada masa hadapan. Pemain sayap England itu memasuki padang dari bangku simpanan untuk meledak gol sewaktu menentang Dinamo Zagreb dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stadium Etihad hari ini, sebelum merangka jaringan buat Phil Foden untuk kemenangan 2-0. Ini bermakna, pemain berusia 24 tahun itu…










