ENTAH siapa yang menggoyangkan pokok, tak semena-mena bertebaran cerita rumah tangga pelakon Adira Suhaimi goyah. Lebih buruk daripada itu, ada yang mendakwa perkahwinannya sudah hancur berkecai, diceraikan si suami, Datuk Seri Adnan Abu. Diterpa soalan tentang hal tersebut, Adira bagai tersentak. Wajah putih melepaknya kemerah-merahan. Marah barangkali. Tapi disabarkan hati lantaran itu antara ujian bergelar insan seni. “Bila masa pula kami bercerai? Dakwaan itu langsung tak masuk akal dan tidak…









