SEPANG 8 Okt. – Kerajaan dijangka memperkenalkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan bagi pengguna jalan raya yang bersih rekod kesalahan trafik pada awal tahun depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mekanisme mengenai perkara itu telah hampir siap dan butiran lanjut membabitkan usaha itu akan diumumkan pada hujung tahun ini. “Untuk melaksanakan usaha ini, ia memerlukan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memerlukan data bagi memastikan tiada…










