KUALA LUMPUR 1 Okt. – Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan memastikan wujud situasi menang-menang antara penghantar makanan Foodpanda Malaysia (Foodpanda) dengan syarikat berkenaan berhubung pelaksanaan skim bayaran baharu. Ini kerana menurut kenyataan kementerian itu, pihaknya sentiasa memberi perhatian dan penekanan khusus terhadap kebajikan dan perlindungan kepada golongan yang berada dalam ekonomi gig agar sentiasa terpelihara. Kata kenyataan itu, kementerian juga telah…










