TAWAU – Kesemua enam suspek utama yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seekor gajah Pygmy di Sungai Udin, Dumpas Kalabakan dekat sini, pada Khamis lepas, ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut. Suspek yang terdiri daripada lima warga tempatan serta seorang pendatang haram berusia antara 48 hingga 68 tahun berkenaan ditahan semalam dan permohonan reman mereka dibuat pada pukul 10.15 pagi ini di Mahkamah Tawau oleh Pegawai…










