SHAH ALAM- Pelaksanaan visa pelancong (e-visa) oleh kerajaan Arab Saudi ini bermula bulan ini tidak perlu dilihat sebagai merugikan syarikat pelancongan menguruskan umrah. Presiden Persatuan Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, sebaliknya syarikat tersebut perlu berfikiran terbuka berikutan menggalakkan umat Islam di negara ini menunaikan umrah. Menurutnya, hanya Malaysia dan Brunei sahaja diberikan keistimewaan tersebut oleh kerajaan Arab Saudi. “Pengusaha syarikat pelancongan membabitkan ibadah umrah…