GEORGE TOWN – Dua terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di hadapan kediaman Konsulat Thailand di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pemandu kereta jenis Toyota Vios, Teh Lay See, perempuan berusia 39 tahun dan penumpangnya, Teh Ton Tee, lelaki berusia 43 tahun mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Timur…










