SEREMBAN 2 Okt. – Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan Macau Scam yang mengakibatkan seorang bekas jurutera kapal terbang berusia 64 tahun kerugian lebih RM550,000 baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, suspek ditahan sekumpulan pegawai dan anggota polis dari JSJK negeri dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Nilai di Petaling Jaya, Selangor semalam. “Kedua-dua suspek berusia 32 dan…










