KEPERLUAN memiliki angkatan tentera yang moden, versatil dan dinamik pastinya sangat mustahak kerana dimensi baharu itu turut mengubah landskap keselamatan global. Justeru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu bersedia untuk menjadi angkatan masa hadapan sejajar dengan persediaan menghadapi kemunculan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) termasuk ancaman baharu seperti serangan siber elektromagnetik dan angkasa. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, atas dasar itu maka inisiatif pembangunan Kertas Putih Pertahanan…










