LONDON 7 OKT.- Penjaga gol Manchester United, David de Gea mengakui pasukannya sedang melalui fasa paling sukar sejak menyertai Red Devils lapan tahun lalu. Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu melalui kekalahan ketiga dalam enam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam selepas tewas 1-0 di tangan Newcastle United di St James Park. Jaringan babak kedua oleh Matty Longstaff mengesahkan perbezaan di antara dua kelab itu yang menyaksikan United sekadar mampu…










