PERJALANAN dari Lobuche ke Gorak Shep yang hanya mengambil masa kira-kira tiga jam dirasakan terlalu lama. Cuaca sejuk dan oksigen yang semakin menipis pada ketinggian 5,140 meter (m) dari aras laut itu menyebabkan langkah menjadi perlahan serta semakin mengecil. Meskipun badan sudah tidak bermaya dan rasa ingin muntah meluap-luap, Azhan Rani, 43, tetap meneruskan perjalanan demi melaksanakan misi merentang Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC), Nepal sempena sambutan…










