SELEPAS Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di Kuala Lumpur pada 14 September lalu yang menyaksikan detik bersejarah Pas dan UMNO menandatangani Piagam Muafakat Nasional, esok 6 Oktober (2019) orang Melayu akan berhimpun di Stadium Malawati, Shah Alam pula. Jika HPU antara agenda utamanya mahu memperkasakan kembali kuasa politik Melayu bagi memelihara maruah orang Melayu, di Shah Alam pula misinya hampir sama tetapi melalui pendekatan berbeza. Empat buah universiti tempatan akan bergabung…










