KUALA TERENGGANU 3 Okt. – Acara kayuhan basikal di Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2), De’ Perasing Ride 2019-Ajil Challenge yang akan berlangsung pada 16 November depan menyasarkan penyertaan seramai 2,000 orang. Pengurus Perniagaan LPT2 Sdn. Bhd., Roszi Ibrahim berkata, edisi kali ini akan menggunakan laluan baharu dengan kayuhan bermula dan berakhir di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil berbanding di R&R Perasing pada tahun sebelumnya. “Berdasarkan sambutan menggalakkan dalam…










