DOHA – Atlet Amerika Syarikat (AS), Dalilah Muhammad mencipta rekod baharu dunia acara 400 meter (m) lari berpagar ketika memenangi pingat emas pada aksi final pada Kejuaraan Olahraga Dunia 2019 di Doha awal pagi semalam. Dalilah merekodkan masa 52.16 saat (s) untuk meleburkan catatan dunia sebelum ini 52.20s yang turut dilakukannya pada Julai lalu. Juara Olimpik berusia 29 tahun itu merangkul gelaran dunia buat kali pertama selepas mengatasi rakan senegara,…









