KUALA LUMPUR 3 Okt. – Perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini menjadi peluang terbaik buat pemain yang jarang diturunkan dalam skuad kebangsaan untuk membuktikan keupayaan mereka. Ketua Jurulatih, Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka menguji pemain yang kurang beraksi atau belum pernah diturunkan dalam skuad itu ekoran kecederaan beberapa tonggak utama. Pemain seperti Nor Azam Abdul Azih, J. Partiban, Brendan Gan, Abdul Halim…










