LAMBATNYA. Ya, memang tidak sabar! Begitu teruja menantikan hujung minggu sebaik sahaja membawa keluar C400X dari ibu pejabat BMW Malaysia Sdn. Bhd. di Cyberjaya. Kedudukan tunggangan cukup selesa. Dengan tinggi tempat duduk 775 mi-limeter (mm), amat sesuai untuk saya yang berketinggian 164 sentimeter mengawal skuter seberat 204 kilogram (kg) ini. Hujung minggu yang ditunggu-tunggu tiba. Saya menghala Tanjung Malim, kononnya nak sarapan pau di sebuah kedai kopi yang cukup popular…










