KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam pasaran menyeluruh, terkesan oleh sentimen negatif terhadap data pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada September, kata peniaga. Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.6 peratus atau 9.40 mata kepada 1,580.04 daripada 1,589.44 pada hari Selasa. Indeks dibuka 0.59 mata lebih rendah pada 1,588.50,…










