KUALA LUMPUR 7 Okt – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, pulih daripada paras terendahnya dalam tempoh empat tahun yang dicatatkan pada Jumaat minggu lepas, susulan prestasi yang lebih baik di Wall Street. Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.53 mata kepada 1,558.2 daripada paras penutup 1,557.67 pada Jumaat. Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.12 mata kepada 1,557.79. Di keseluruhan pasaran, kaunter untung…









