KUALA LUMPUR 8 Okt. – Bursa Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur pada tengah hari ini apabila keadaan pasaran masih tidak menentu dengan kebanyakan pelabur masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat ini, kata para peniaga. Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.7 mata kepada 1,558.3 daripada paras penutup 1,559.00 pada Isnin. Indeks utama itu dibuka tinggi naik 1.46 mata…










