KUALA TERENGGANU 1 Okt. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan berjumlah RM27.22 juta menerusi 21 siri nombor pendaftaran kenderaan secara elektronik atau e-Bidding, sejak diperkenalkan April lepas. Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan, Ibu Pejabat JPJ, Mohd Hafiz Shamsani berkata, hasil bidaan tertinggi diperoleh setakat ini ialah RM3.38 juta bagi siri nombor pendaftaran ALL di Perak. “Bidaan secara elektronik melalui applikasi JPJeBid ini menawarkan ketelusan bermula dari transaksi pendaftaran…










