PERMAINAN beyblade iaitu gasing moden kini semakin menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun. Permainan ini diinovasikan daripada gasing tradisional dan berasal dari Negara Matahari Terbit, Jepun. Ia diasaskan sejak 20 tahun lalu oleh Takara Tomy sebelum menembusi pasaran Malaysia menerusi kemunculan rancangan kartun Beyblade di saluran Astro. Keunikan beyblade bukan sahaja kerana ia merupakan suatu alat permainan yang canggih, malah mampu meningkatkan kreativiti si kecil. Ia meningkatkan…










