KUALA TERENGGANU – Kraftangan Malaysia bakal memperkenal sistem pembelian produk kraf tempatan seperti batik, songket, ukiran kayu dan logam yang lebih mudah dan menjimatkan kos dengan menggunakan teknologi terkini mulai tahun hadapan. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail berkata, pelanggan termasuk pelancong yang berminat dengan produk kraf tempatan dipamerkan hanya perlu mengimbas kod respons pantas (QR) di mesin pengimbas di premis jualan terpilih di dalam dan luar negara bagi melakukan…










