KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 33 pertuduhan menerima suapan, menyalahgunakan kuasa dan bersubahat membabitkan RM5.7 juta berhubung penganjuran program SSM, empat tahun lepas. Manakala anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan, 33, ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah dan dua pertuduhan bersubahat dengan ibunya…










