KUALA LUMPUR 1 Okt. – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa beliau menerima bonus 18 bulan gaji pada tahun 2012, semasa menerima gaji RM80,000 sebulan. Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata beliau juga menerima bayaran sebagai anggota lembaga pengarah, elaun yang sama seperti lain-lain anggota lembaga, yang berjumlah RM179,000 setahun dan RM1,500 setiap mesyuarat. Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata…










