KLANG – Seorang ibu cemas apabila bayi perempuan berusia setahun terkunci dalam kenderaan di hadapan rumah pengasuhnya di Jalan Mahligai, Bandar Bukit Raja di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, bayi tersebut dipercayai terperangkap selama 20 minit sebelum diselamatkan anggota bomba. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati wanita berusia 29 tahun baharu sahaja pulang daripada kerja dan mengambil…










