BERLIN 6 Okt. – Niko Kovac mengakui Bayern Munich masih lagi ‘dibuai mimpi indah’ selepas membelasah Tottenham Hotsper minggu lalu, sehingga mereka tewas buat kali pertama pada musim ini hari ini. Bayern kalah di laman sendiri dalam aksi Bundesliga dan hampir setahun tidak tewas di Arena Allianz apabila dimalukan Hoffenheim 1-2, hanya selepas empat hari mengaibkan Spurs 7-2 pada saingan Liga Juara-Juara. Begitupun Bayern masih lagi menduduki tangga teratas dan…










